Bismillahir rahmanir rahim


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…


Selamat Datang ke Dunia Gemilang International Holdings (M) Sdn. Bhd. Cita-cita dan impian meruntun kehidupan namun dengan semangat dan kesungguhan impian menggunung pasti dalam genggaman kita semua. Dalam perjalanan mencapai matlamat yang tersemat di jiwa, onak dan duri bagaikan satu ikatan untuk menggagalkan kita bagi meneruskan langkah seterusnya...





Namun bagi hamba Allah yang berfikiran terbuka dan positif setiap kegagalan yang dilalui menusuk satu hikmat yang tersembunyi oleh Allah S.W.T untuk hambanya yang beriman. Bertolak dari titik kegagalan bersamalah kita menerokai kejayaan yang terhidang di depan mata.


Kejayaan bukan boleh di beli dengan wang ringgit tetapi usaha dan pengorbanan disulami dengan doa kepadaNya akan membawa kita semua ke arah kejayaan.
Arus permodenan dunia sedang menyaksikan banyak kuasa besar menghadapi zaman kemelesetan dan kerugian. Nama-nama besar yang menjadi ikon perniagaan di dunia merasai bahang krisis ekonomi dunia yang melanda dalam era permodenan kini. Namun didalam industri “Network Marketing” menunjukkan peningkatan jualan sehingga melebihi USD500 Billion setahun dan ianya terus berkembang pesat dengan peningkatan pemain baru dalam industri mewah ini dari hari ke hari tanpa kita sedari...

Pakar Ekonomi mengatakan bidang perniagaan yang akan berkembang pesat sejajar dengan dunia moden adalah Industri Kesihatan dan Network Marketing. Dimana kedua-dua bidang ini akan melahirkan jutawan teramai dan pantas berbanding dengan industri lain. Kami di Gemilang Pomepure mengambil pendekatan berani mewujudkan peluang perniagaan merangkumi kedua-dua industri hebat diatas untuk dipersembahkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menikmati kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya sudah tersedia satu lebuhraya kejayaan untuk kita memacu kenderaan ke arah kejayaan tanpa menanggung risiko yang besar dalam usaha mengubah kehidupan yang lebih harmoni. Melalui perniagaan “Network Marketing” modal perniagaan yang diperlukan sangat kecil berbanding dengan perniagaan konvensional yang memerlukan pelaburan yang sangat tinggi dan berisiko. Akan tetapi usaha, minat dan pengorbanan harus seiring dalam perjuangan kita membangunkan perniagaan ini.
Marilah berjuang bersama Gemilang Pomepure. Ayuh gerakkanlah langkah pertama anda untuk memastikan langkah-langkah kejayaan menjadi milik anda suatu hari kelak.

Semoga Allah SWT. Memberkati usaha anda.

Mohd Zuri IsmailPengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif MZGROUP





















0 Comments:

Post a Comment